Saturday, July 12, 2014

bahasa

lahir di Malaya, pasca merdeka, zaman modenisasi.

ada yang panggil zaman "Malaysia privatisasi" kerana dasar penswastaan besar-besaran oleh kerajaan kepada jabatan-jabatan kerajaan yang dilihat mampu meningkatkan ekonomi negara.

aku biasa mendengar bahasa jawa, lidah masih kelat bicara, Melayu mudah aja, Inggeris belajar tak sudah, bagai nak jadi Shakspears belaka, cukup syarat sahaja tak bolehkah? Araib bolehlah sikit-sikit, setakat berjual beli tiada masalah.

cuma ada satu tulisan yang aku rindu, tulisan kawi, tulisan bangsaku, tulisan tanah nusantara, asli bukan tiruan, tanpa cacat cela menjadi tulisan kebangsaan.

Empayar-empayar besar guna tulisan tu, datang sipenjajah durjana, hancur musnah semua. CILAKA !


pegangan ekuiti

tanah ini milik kita..

yangg berasnya, yang minyaknya, yang emasnya, yang balaknya, yang airnya, yang cukainya..

hasilnya milik kita..

untuk orang kita, guna bersama..

bukan untuk yang lain, datang menumpang senang menjadi tuan.

merdeka kita belum lama, baru 50+ tahun..

Filem Sang Kyai, Indonesia 2013.

ekonomi tergadai, rakyat menderita.

agar ekonomi sama terbela, jalankan usaha anda, lipat gandakan usaha, jaga semuanya..
jangan sampai terlepas, kepada 'tuan' yang datang duduk bersila, dijamu mesra,
seperti negara ini dia yang punya.

Thursday, July 10, 2014

rasa...

pahit...
tawar...
manis...
kelat...

macam-macam rasa ada dalam hati aku...

Ya Allah, jauhkanlah aku daripada orang-orang yang membinasakan aku.

Oh. kene buat research pasal GST, nanti dah siap paperwork, i'll publish it here :D

Tuesday, July 8, 2014

penganggaran belanjawan

belanjawan.
kita ada revenue and expenses

revenue bukan selalu masuk dan expenses hari-hari terjadi.

antara satu tanda kematangan adalah kita bijak mencari sumber revenue dan mengagihkan perbelanjaan kita secara berhemat.persoalannya adakah kita cukup jujur dan sabar dalam mengawal hana nafsu godaan dunia? bertanggungjawablah kepada prinsip sendiri.



hari ni tulis pasal belanjawan sebab Blackberry Curve yang dijangkan rosak pada hujung tahun, telah rosak lebih awal daripada jangkaannya. Cukup berkhidmat selama 3 tahun. sedikit menderita sebab saya masih belum bekerja. Malu untuk minta sumbangan daripada mak ayah.

A person that can endure hunger, is capable to endure anything.

nilai

penambahan saat, minit, jam, hari, minggu, tahun, dekat, abad...

soalkan diri anda... setiap hari...

adakah sesuatu telah bertambah kedalam diri anda dan meninggikan nilai-nilai anda?

don't drop your morals.


jangan melalui hari secara melulu

masa terlalu berharga

"demi masa sesungguh manusia dalam kerugian" Al-Asr, Alquran.

2 bunga melati


2 tahun setengah hidup bersama.

bila nak marah, teringat aku pernah sejahil mereka, lalu gunakan ayat kekerasan yang hati dah cadangkan untuk guna dan syaitan hasut untuk lempiaskan dgn motivasi sebelum dan selepas solat 5 waktu tak kira masa.

Seorang...

kau sendiri dan tidak merasa sunyi...
kau sendiri dan berani berdiri...
kau sendiri bertemankan idea datang dan pergi...
kau sendiri menuju hari tua...
kau sendiri mengenal ilahi...


semuanya jalan kau sendiri...

tiba-tiba kau jadi berani jalan sendirian didalam lautan manusia...

itulah masanya kau akan sedar, kau sendiri dalam proses mematangkan diri...

tumbuh besaran...

matang.
sangat subjektif.

dalam kelas pengurusan ajar aku, matang adalah proses peningkatan pemikiran yang mengguna pakai pengalaman, ilmu dan kebijaksaan. Tiada langsung menyentuh soal usia.

25 tahun. Genap usia pada 3.ramadhan lepas. (hari ni 10 ramadhan)


belum habis meneroka dunia, belum jumpa semua spesis perangai manusia tapi biasa jumpa mereka yg menderita OCD tanpa sedar. cukup untuk persediaan aku melangkah ke alam yang lebih dewasa yang memaksa kerahan, perahan tenaga tulang empat kerat dan juga panahan minda (brain storm).

dan juga cukup tegas untuk menyatakan 'dik, spageti awak dah jd bubur nasi' kepada rakan serumah yang rebus spageti terlalu lama. biar dia belajar daripada kesilapan dan terbuka minda mendengar kritikan.

tahun akhir pengajian Diploma Pentadbiran Awam. Alhamdulillah. Akhirnya.