Friday, April 10, 2015

kau rapat, tapi aku yang terluka

barangkali, rasa sakit dibenak dada itu, hanya yang pernah terluka bisa memahaminya.




dicuba, cuba bayangkan ini...



lelaki yang kau pernah sayangi, diam seribu bahasa selama berbulan lamanya...

dia sudah menikahi gadis lain, kau tidak dikhabarkan... 

kemudian, disuatu lewat malam, dia menghubungi kamu...


dilewat malam itu juga, kau sedang mengulang kaji pelajaran untuk peperiksaan penting yang menentukan jalan hidup kau untuk 20 ke 30 tahun lamanya...


bayangkan, seksaannya...

Thursday, March 12, 2015

akukah narsis itu




lensa bukan untuk tujuan komersial, cuma sebagai simpanan hiburan dan olahan pemantapan pendapat sendiri mengenai masyarakat.

entri yang penuh sifat-sifat narsis. 7 deadly sins. ouch...

spasticism

kalau nak jadi patriotik, usah rakus berbicara politik kalau daftar pemilih pun tak selesai lagi.

15 tahun lepas, sebelum media social separate Facebook, Twitter dan sebagainya wujud, kita sibuk bicara politik kedai kopi. Masa tu bayangan dia pakcik habis balik daripa kebun, duduk ngongkrong sambil minum kopi makan mehun goreng dan pakcik orang gomen pakai baju batik perut kedepan duduk lepak semeja membahaskan iya dan tidak tentang politik dan ekonomi negara.

dan hari ini, kita cakap pasal politik melalui media sosial, lepak starbucks atau chillis berborak mengenai isu yang sama. sedikit hype daripada dulu kerana faktor pendapatan meningkat dan peluang pekerjaan lebih luas akibat daripada globalisasi dan perkembangan ekonomi negara. Rakyat pun mampu tingkatkan kasta daripada golongan pertengahan kepada golongan pertengahan tinggi, masih belum mencapai aristrokat kerana tidak berdarah diraja walaupun jiwa besar untuk kesana ataupun socialite seperti Paris Hilton sebab tiada harta warisan berbilion dapat diwarisi. 

dua situasi 'berbeza' akan tetapi topik perbualan yang tidak jauh beza. dimana pakar-pakar sejarah, undang-undang, perubatan, pembuat polisi dapat dilahirkan instan sesegera maggi cup 2 minit malah lebih pantas daripada itu melalui sosial media.

zaman ini, hanya perkembangan materialistik bergerak dgn rapidnya akan tetapi, perkembangan mental tidak sederas seperti kejatuhan ringgit antara bulan Februari dan March 2015.

so much of violation in Freedom of Speech and expression.

Graf kehidupan

ayat tajam tentang kehidupan yang macam graf ekonomi Malaysia disaat USD1 bersamaan RM3.70.

"kenapa kehidupan kau kejap atas tapi selalu bawah"

sebab aku mampu terumbang-ambing, emotionally matured. biar aku terbuka dgn kesusahan diawal hari, agar aku tak terkapai-kapai dan hilang arah tuju bila jatuh merana dihari kemudian kelak.

maaf, siapa aku untuk menulis takdir aku yang tuhan yang kau kata kau kenal lebih dahulu bertinta di luf mahfus tentang aku.

kenal kehidupan bukan dari kenal buku rujukan universiti ataupun sekolah tapi daripada pengalaman unik yang aku ada tapi kau tiada dan sebaliknya.



ada ketenangan dihati yang lara. ada tabah disebak yang melanda menerkam jiwa.